Sempena meraikan ulang tahun ke 50, Sime Darby Property menawarkan pelbagai ganjaran hebat kepada pembeli unit kediaman termasuk sebuah kondominium mewah bernilai RM 1 juta kepada pemenang bertuah.<br /><br />Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Berhad Dato’ Azmir Merican memaklumkan kempen sambutan Beyond 50 yang dilancarkan sejak 15 Ogos hingga 31 Disember tahun lalu menyaksikan penerimaan sambutan menggalakkan.